Zul Ariffin jauhi gosip untuk tidak terkenal?
Zul Ariffin akui bekas kekasihnya selalu menasihati untuk menjauhi gosip.Meskipun Zul Ariffin dan Gayatri Su-Lin Pillai sudah lama berpisah, namun Zul mengakui bahawa bekas kekasihnya itu sehingga hari ini masih lagi baik dengan beliau

Malah Gayatri juga ada memberikan amaran serta nasihat untuk Zul menjaga diri selain mengelak daripada menjadi bahan gosip dan kontroversi.
Saya akui memang Gayatri ada memberikan amaran kepada saya, tetapi ia lebih kepada peringatan supaya saya menjaga diri dan cuba mengelak daripada menjadi bahan gosip.

Jelas Zul, selepas ini beliau tidak mahu terlalu mendedahkan kisah cintanya dan hanya akan menjawab soalan berkaitan percintaan beliau sekali sekala sahaja.
Bukanlah hendak kata, tetapi selepas ini saya tidak lagi bersikap terbuka jika ada yang bertanyakan kisah cinta, tetapi biarlah berpada-pada.

Siapa kata pasangan kekasih yang sudah berpisah tidak boleh menjadi kawan baik? Sebagai penerbit, kami yakin Gayatri sudah masak dengan selok belok dunia hiburan dan nasihat yang diberikan kepada Zul sangat berguna sebenarnya
0 Response to "Zul Ariffin jauhi gosip untuk tidak terkenal?"
Post a Comment