Al-Fatihah Abby Abadi.. Allah Lebih Menyayanginya. Biar lah Dia Pergi Menghadap Ilahi Semoga Keluarga Tabah Menerima Pemergiannya

Al-Fatihah Abby Abadi.. Allah Lebih Menyayanginya. Biar lah Dia Pergi Menghadap Ilahi Semoga Keluarga Tabah Menerima Pemergiannya





Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Abby Abadi mendedahkan bahawa beliau telah mengalami keguguran ketika menjalani ibadah umrah. Bagaimanapun, beliau redha dengan apa yang berlaku kerana baginya, Allah lebih mengetahui perancangan terbaik buat dirinya.

Screen Shot 2016-04-24 at 10.13.53 AMMohon ampun dan maaf sebab sebelum ini saya berteka-teki tentang kandungan saya. Antara sebabnya ialah, takut apa-apa terjadi kalau bercerita dari awal. Jadi ingat nak simpanlah dulu. Maklumkan pada sahabat rapat dan keluarga Umaima je”
Tapi terjadi juga. InshaAllah saya yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Terima Kasih Allah untuk pengalaman ini,” katanya kepada My News Hub berhubung perkara berkenaan.

Difahamkan, Abby mengalami tumpah darah ketika pergi menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi, Madinah. Melalui gambar yang dimuat naik, rata-rata peminat Abby memberikan ucapan takziah kepadanya serta meninggalkan kata-kata positif kepada pelakon kesayangan mereka itu.
Takziah juga kami ucapkan kepada Abby Abadi dan suami, Faizal Zakaria. Semoga mereka sabar dan tabah menghadapi segala ujian yang diberikan.

0 Response to "Al-Fatihah Abby Abadi.. Allah Lebih Menyayanginya. Biar lah Dia Pergi Menghadap Ilahi Semoga Keluarga Tabah Menerima Pemergiannya"

Post a Comment