Hang Tuah Sebenarnya Raja Perempuan dari KELANTAN (CIK SITI WAN KEMBANG)

Hang Tuah Sebenarnya Raja Perempuan dari KELANTAN (CIK SITI WAN KEMBANG)




Petikan halaman 76 buku Ceritera Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Merentas Zaman. Apakah benar Cik Siti Wan Kembang atau nama sebenarnya Puteri Adruja Wijayamala Singha adalah sebenarnyalah HANG TUAH



Mungkin orang Melayu dahulu kurang mengambil berat untuk mencatat sejarah atau sebarang peristiwa yang berlaku semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu. Sehinggakan timbulnya cerita pada 6 tahun dahulu dalam keluaran majalah Mastika yang mendakwa Hang Tuah adalah seorang perempuan. What? Perempuan pulak dah…Dari mana pulak mereka dapat bukti untuk menyokong dakwaan mereka itu? Kami Hairan dan sangatlah tidak setuju dengan teori begini.

Kalau korang baca semula keratan artikel dalam mastika bagi cerita ini, Pak Haji ini beriya-iya mengatakan Hang Tuah ini adalah seorang perempuan? Kalau diikutkan cerita berkenaan dengan Hang Tuah ini diambil secara terus daripada Buku Hikayat Hang Tuah. Tiada sumber lain selain daripada itu. Kalau daripada buku tersebut terang-terang mengatakan Hang Tuah merupakan seorang lelaki, elok paras rupanya, gagah susuk tubuhnya, memotong kayu di halaman rumah dengan tidak berbaju. Jadi? Mana pula timbulnya teori mengatakan Hang Tuah sebenarnya perempuan?



Itupun, nukilan daripada Hikayat Tuah dikumpulkan melalui maklumat-maklumat yang hanya didapati melalui secara lisan sahaja. Tup-tup keluar di Mastika suatu ketika dahulu, Hang Tuah jadi perempuan pula? Kalau nak diikutkan macam-macam versi yang berkisar mengenai cerita Hang Tuah :

1. ada yang kata Hang Tuah ni orangnya halus

2. ada orang kata Hang Tuah ni orang jawa

3. ada orang kata Hang Tuah ni berasal daripada negeri Kelantan

4. ada orang kata Hang Tuah ni dongeng

6.  Hang Tuah seorang perempuan

. Berikut adalah bukti yang cuba dikaitan dengan teori Hang Tuah seorang perempuan oleh blog yang kami baca ini:

Bukti Pertama:

Terdapat sebuah perigi dinamakan "PERIGI HANG TUAH" di Melaka. Mengapa tidak terdapat perigi HANG JEBAT, HANG LEKIR, HANG KASTURI juga HANG LEKIU. Ini kerana adat melayu takkala berzaman lelaki dan wanita mempunyai tempat aktiviti dan berbeza dan lain-lain, semuanya secara berasingan. Contohnya bilek tidur, ruang rumah, tempat solat apa lagi bilik mandi. Maka sebab itulah dibina sebuah perigi khas buat HANG TUAH untuk mandi manda dan bersiap. Sebab itulah juga ia dinamakan "PERIGI HANG TUAH". Perigi ini hanya digunakan oleh HANG TUAH seorang sahaja. Ianya amat "EKSLUSIF".

Bukti Kedua:

Apabila dititah oleh Sultan Melaka untuk pergi dan membawa balik Tun Teja dari Pahang, HANG TUAH pergi dengan rela hati dan berjaya "memperdaya" Tun Teja untuk dibawa ke Melaka dan akan dikahwinkan dengan Sultan Melaka. Pada masa itu memang telah tersohor akan kejelitaan dan kecantikan Tun Teja. Dalam menjalankan tugasnya HANG TUAH sudah sedia merasai akan perasaan Tun Teja telah jatuh hati dan tertarik kepadanya. Namun dia juga mengetahui dan menyedari bahawa itu adalah di luar tabie. Lalu menyorok di sebalik ketaatan kepada Sultan lalu beliau menolak "cinta" Tun Teja walaupun ketika itu Tun Teja amat kecewa dan terpaksa "diselamatkan" dengan "sepiak sireh jampi" barulah perasaan Tun Teja dapat dilumpuhkan. Jika HANG TUAH adalah seorang lelaki, adat kata agak susah dan betapa goyahnya berhadapan dengan seorang yang "amat jelita' seperti Tun Teja. Apalagi ketika itu dianya bukan bertepuk sebelah tangan.

Bukti Ketiga:

Hubungan yang rapat dan "terlalu akrab" dengan Hang Jebat menyebabkan hanya Hang Jebat seorang saja yang mengetahui "rahsia jantina" HANG TUAH. Sebab itulah dalam zaman "perguruan persilatan" dengan Adi Putra, Hang Jebat tak pernah "menang" dan selalu "mengalah" kepada HANG TUAH semasa berlatih. Sebab Hang Jebat adalah manusia yang mempunyai "semangat persahabatan" yang kukuh dan amat padu sekali. Hang Jebat mempunyai jatidiri yang tinggi. Dia takkan menganiayai wanita. Apa lagi mereka sudah berjanji sehidup semati sejak dari kecil lagi. Apabila mahaguru Adi Putra meramalkan kematian Hang Jebat adalah di tangan HANG TUAH sebenarnya Hang Jebat tak percaya kerana HANG TUAH hanyalah seorang wanita. Semasa pertarungan dengan HANG TUAH, Hang Jebat telah beberapa kali berpeluang untuk membunuh HANG TUAH apalagi keris "Taming Sari" berada di tangannya. Namun dia mengelak dari menikan dan membunuh HANG TUAH di atas prinsip tadi tak mahu menganiayai wanita dan tak sanggup membunuh wanita. Demi seorang pendekar. Hang Jebat mengorbankan dirinya sebagai "wira" tanpa menguburkan prinsipnya sebagai pendekar sejati. Biar mati "di tangan wanita" asal tidak menang "hanya dengan wanita".

Bukti Keempat:

Hang Jebat begitu marah dan sanggup menderhaka kepada Sultan Melaka walaupun telah sekian lama taat dan patuh juga berjasa kepada Sultan. Hang Jebat marah kerana sultan telah menuduh HANG TUAH telah "berkhendak dan bermukah" dengan dayang istana. Sebab Hang Jebat tahu yang HANG TUAH adalah wanita mana boleh melakukan perkara sumbang itu. Tuduhan itu telah menjatuhkan maruah HANG TUAH apatah lagi, demi persahabatan dan menjaga maruah kaum wanita, Hang Jebat telah bangun menuntut bela. Ada juga yang sifatkan perlakuan Hang Jebat itu sebagai derhaka. Namun itu terpulang atas prinsip dan tafsiran masing-masing.


Liability insurance is an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services.
Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component.
Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods).
Workers compensation insurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees.
When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties.
Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.

0 Response to "Hang Tuah Sebenarnya Raja Perempuan dari KELANTAN (CIK SITI WAN KEMBANG)"

Post a Comment