dilaungkan oleh oleh orang ramai yang hadir pada majlis pengebumian tersebut. azan terpaksa dilaungkan akibat kubur menjadi sempit.. APA YANG DILAKUKANNYA DI DUNIA?? AMBILNYA SEBAGAI PENGAJARAN

MASYA ALLAH !! AZAN TERPAKSA DILAUNGKAN AKIBAT KUBUR MENJADI SEMPIT.. APA YANG DILAKUKANNYA DI DUNIA ...


 "Allahuakhbar! Allahuakhbar! Allahuakhbar!" itulah kata-kata yang dilaungkan oleh oleh orang ramai yang hadir pada majlis pengebumian tersebut.
Selepas tiga kali jenazah cuba dimasukkan ke liang lahad namun masih lagi gagal, padahal liang lahad telah pun digali dua kali lebih besar dari ukuran asal. Daripada kegagalan tersebut, seorang ustaz menyuruh salah seorang ahli keluarga simati untuk melaungkan azan pada majlis pengebumian tersebut. Hanya selepas itu, barulah jenazah tersebut berjaya dimasukkan ke dalam liang lahad.  



Kejadian ini benar-benar berlaku di negeri jiran pada tahun 2010. Kejadian ini diceritakan oleh jiran kepada simati lewat beberapa tahun selepas kejadian itu berlaku. 

Menurutnya, arwah merupakan seorang wanita yang suka mengumpat, menabur fitnah tanpa bukti serta arwah juga tidak menutup aurat ketika hidupnya.

Malah, menurut jirannya itu, arwah sering kali perkaian seksi ketika berada dikeramaian. Pernah si jiran ini menegur wanita tersebut, namun dia pula dimaki dan dilontarkan kasut ekoran wanita tersebut berlatar belakang seorang yang kaya-raya. 

Jangan jaga tepi kain orang. Kubur masing-masing, kau urus hal kau sendiri. Itulah antara kata-kata balas dari arwah apabila ditegur tentang pemakaian sewaktu hayatnya.

Artikel ini bukanlah berniat ingin memburukkan si mati mahupun mana-mana individu secara langsung ataupun tidak langsung. Tetapi penulis kongsikan agar menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup. Ingatlah, memang benar kubur kita masing-masing, tapi kita perlu fikirkan siapa yang uruskan jenazah kita, siapa yang kebumikan kita, adakah bumi menerima jasad kita? Ingat, seksa kubur itu amat perit seksaannya.

0 Response to "dilaungkan oleh oleh orang ramai yang hadir pada majlis pengebumian tersebut. azan terpaksa dilaungkan akibat kubur menjadi sempit.. APA YANG DILAKUKANNYA DI DUNIA?? AMBILNYA SEBAGAI PENGAJARAN"

Post a Comment