Fasha Sandha AKHIRNYA Bersuara Cerita DALANG sebenar di sebalik PENCERAIAN dengan Jejai. Luahan Sayu yang buat kita menangis. Bertabahlah Fasha !

Fasha Sandha AKHIRNYA Bersuara Cerita DALANG sebenar di sebalik PENCERAIAN dengan Jejai. Luahan Sayu yang buat kita menangis. Bertabahlah Fasha !




Fasha Sandha luah perasaan isu rumahtangga bergolak | Desas-de­sus masalah rumah tangga pelakon Fasha Sandha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai semakin hangat diperkatakan hari ini berdasarkan beberapa status di laman sosial pelakon itu.

Berikut adalah kenyataan terbaharu yang dimuat-naik Fasha di ruangan Instagram miliknya, seakan mengiyakan bahawa rumah tangganya kini sedang mengalami masalah.

“Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak-anak untuk mengharungi segala-galanya.”
Sebelum ini, Fasha turut memuatkan komen yang mengkritik sikap salah seorang adik iparnya yang dikenali sebagai Azalea, selain turut mengaitkan bekas isteri Jejai, pelakon Nora Danish dalam beberapa kejadian.
Fasha ada menulis “To Nora, thank you very much. Akhirnya berjaya membuatkan hubungan saya dan keluarga mertua saya semakin ‘rumit’. Berterusan secara halus membuat supaya bertambah dibenci.”
Selain itu juga, Fasha turut menulis “Awak dan bekas iste­ri telah berjaya membuatkan pertelingkahan besar kami. Kerana saya ada akal, saya yang akan mengalah dan undur diri.”
Bagaimanapun status berke­naan hari ini telah dipadamkan dari laman sosial berkenaan, meskipun ada sebahagian peminat sempat membuat rakaman tangkap layar (screenshoot) yang kini dibincangkan secara meluas di laman sosial.
Selain itu, kisah keretakan rumah tangga Fasha dan Jejai juga ditulis dalam beberapa portal hiburan yang turut memberitahu bahawa pelakon itu juga sudah mengunjungi sebuah pejabat agama, untuk menyelesaikan isu rumah tangganya.
Beberapa sumber info lain juga menguatkan desas-desus ini adalah melalui perkongsian gambar, ibu mertua Fasha, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah yang menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-42 tahun, baru-baru ini tanpa kehadiran Fasha.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan Fasha gagal memandangkan telefon pelakon itu tidak diaktifkan.
Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 31, mengahwini Jejai pada 28 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Putera Rayfal Ramli dan Puteri Raysha Jemima.

Sebelum bergelar suami kepada Fasha, Jejai juga pernah mengahwini pelakon Nora Da­nish. Bagaimanapun perkahwinan me­reka hanya bertahan selama dua tahun sejak 20 Jun 2006 hingga 10 Julai 2008 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal.

0 Response to "Fasha Sandha AKHIRNYA Bersuara Cerita DALANG sebenar di sebalik PENCERAIAN dengan Jejai. Luahan Sayu yang buat kita menangis. Bertabahlah Fasha !"

Post a Comment