Kontroveri Harimau Selatan KERAS DAN PENAS 8 Sindiran Pedas TMJ, ‪#‎No2‬ Nak Beli Perdana Menteri


TMJ menerusi kemaskini terbaharu di laman sosial Facebook Johor Southern Tiger menjawab lapan tuduhan yang dilemparkan kepadanya yang antaranya mendakwa baginda ‘membeli pengadil’, ‘menang sebab kaya’ selain bersikap menunjuk kekayaan.
TMJ

Ikuti jawapan penuh daripada TMJ.
1. JDT tidak dapat melahirkan pemain berbakat, jadi mereka hanya tahu membeli pemain dari pasukan lain.
TMJ: Benar. Maka teruskan melahirkan pemain berbakat sebab saya mahu membeli mereka.
2. JDT membeli pengadil.
TMJ: Dengan semua wang yang saya miliki, adakah anda benar-benar berfikir yang saya akan membeli pengadil? Saya lebih berminat untuk membeli Perdana Menteri dan jadikan diri saya Perdana Menteri daripada membayar pengadil untuk memenangi perlawanan bola sepak. Tetapi apa boleh buat. Saya selalu berfikiran luas manakala mereka pula sentiasa berfikiran sempit.
3. JDT membunuh bola sepak Malaysia.
TMJ: Ia benar. JDT membunuh bola sepak tanahair, itu sebabnya kami merupakan pasukan yang pertama di Asia Tenggara membawa nama Malaysia memenangi Piala AFC. Kita membunuh bola sepak dan FAM membantu bolasepak Malaysia mendapatkan sumber kewangan dan hanya berminat dalam Piala Suzuki. JDT akan terus membunuh. Usah bimbang.
4. JDT adalah pasukan yang paling kaya di negara ini itulah sebabnya mereka sentiasa menang.
TMJ: Salah. Felda, Terengganu, Pahang dan Selangor adalah pasukan yang paling kaya di negara ini. Felda adalah yang terkuat kerana ia adalah pasukan Kerajaan Persekutuan. Mereka perlukan undi, maka Felda adalah yang terkuat dan paling kaya.
5. JDT tidak ada apa-apa jika hendak dibandingkan dengan pasukan pantai timur.
MJ: Itulah sebabnya perlukan 3 pasukan bergabung untuk mengalahkan 1 pasukan.
6. JDT mencuri pemain.
TMJ: Ia bukanlah mencuri apabila pemain yang mahu datang ke sini.
7. Semua berkenaan JDT adalah mengenai wang.
TMJ: Bukan, RM100 juta serta banyak lagi wang telah hilang dalam negara dan tiada siapa yang menyiasat tentang semua wang itu. Anda sepatutnya lebih bimbangkan perkara tersebut berbanding terhadap kewangan JDT. JDT hanyalah sebuah kelab kecil dengan impian yang besar.
8. TMJ suka tunjuk harta.
TMJ: Perbezaan mentaliti antara saya dan individu-individu yang berfikiran sempit adalah, saya lebih risau dan kasihan anda kena bayar GST tapi anda lebih risau tentang TMJ menunjuk harta. Tahniah! Anda adalah rakyat yang kerajaan seluruh dunia paling suka. Kerana anda buta.

0 Response to "Kontroveri Harimau Selatan KERAS DAN PENAS 8 Sindiran Pedas TMJ, ‪#‎No2‬ Nak Beli Perdana Menteri"

Post a Comment