PELIK TAPI BENAR !! LELAKI INI SANGGUP LEKATKAN JARUM PENITI DEMI MENCARI REZEKI.. BUKAN ITU SAHAJA ... BANYAK BENDA TIDAK MASUK AKAL DILAKUKANNYA.. APA TERJADI PADANYA MEMANG DI LUAR JANGKAAN >>>>>>>

Bayangkan jika tubuh dipenuhi dengan pin. Tertusuk satu jarum peniti pun sudah cukup membuatkan kita rasa sakit pada kulit. Inikan pula, ribuan jarum peniti tersemat pada kulit muka, dada, lengan sehingga ke pergelangan tangan.

Luarbiasa! Tubuh Bersalut Jarum Peniti

Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita bernama Lucy McRae sewaktu mempamerkan dirinya di pameran Muzium lmej dan Bunyi di Sao dolo, Brazil.

Gaya persembahan itu dinamakan sebagai 'Art Pin' dan ia merupakan salah satu karya hasil seni daripada pekerjaannya sebagai seniman.

McRae merupakan seorang artistik serba boleh yang berasal dari Australia. Beliau mulanya dilatih sebagai seorang balerina klasik di Cecchetti Balet Pe-rancis, sejak zaman kanak-kanak sehinggalah remaja.

Apabila berusia 17 tahun, dia berhenti daripada latihan tarian lemah gemlai itu kerana menyambung pelajaran. 

McRae telah lulus dalam reka bentuk dalaman dari salah sebuah pusat pengajian tinggi di Melbourne.

Selepas tamat belajar, dia cuba mengembangkan bakat balerina yang ada dengan memanipulasikan daya tarikan pada tubuh manusia. 


Tapi kenapa badan manusia yang menjadi pilihan untuk berkarya? Menurut McRae, beliau sentiasa bermula dengan badan.

Latihan balet yang sangat berdisiplin sejak kecil membuatkan dia sangat arif tentang bagaimana untuk menzahirkan sesuatu menerusi bahasa tubuh.

Kini, beliau telah menjadikan ia sebagai satu profesion unik yang disebut sebagai arkitek badan. 

Bekerja sebagai seorang arkitek badan, setiap projeknya boleh dikatakan sangat berbeza kerana tidak menggunakan alat-alat pertukangan seni.

Tetapi lebih kepada menggarap idea luar kotak fikiran menggunakan tubuh manusia.

Dalam karier seni MacRae, beliau lebih senang memilih badan manusia bagi menggantikan kanvas atau kain tebal yang digunakan untuk melukis. 

Katanya, tubuh manusia adalah seperti teras. Apa yang harus dilakukan olehnya sebagai seorang artis ialah membina lapisan dan konsep di atas kulit.

Justeru, setiap inci struktur pada kulit akan dimanipulasi sehingga tercipta anatomi berbentuk novel atau penceritaan. 

Beliau tidak menghabiskan banyak masa mencari sesuatu pada tubuh manusia untuk menghasilkan satu-satu karya.

Adalah lebih senang katanya, melakukan penyelidikan dan belajar bagaimana hasilnya jika tubuh manusia digabungkan dengan teknologi.

Pendekatan memerhati dan menyelidik sebelum memulakan kerja seni telah memberi impak positif pada karya beliau. 

Ramai mengagumi sentuhan seninya kerana subjek hidup disalut, disuntik dan dimandikan dengan fesyen serta hiasan unik.

Hasilnya, gaya seni yang ditonjolkan merubah badan manusia secara total menjadi paparan kompleks.

Karya-karya yang dibentuk daripada gabungan beberapa teknologi berlainan turut membuatkan ciptaannya umpama hibrid. 

Lihat saja sentuhan seni beliau yang cukup popular ini - manusia menggelembung, badan ditumbuhi bulu, berinsang dan rekaan seni bina pada tubuh.

Cuma kali ini, McRae beralih menggunakan beribu-ribu jarum peniti berwarna emas dan perak untuk disemat pada kulit badannya.

Pin-pin itu kelihatan tersusun kemas pada kulit hingga membaluti sebahagian tubuhnya. Penampilan cukup unik itu memberi imej seolah-olah tubuh wanita jelita ini seperti berbulu logam. 


Salah satu kerja seni ini menarik perhatian para pengunjung sewaktu pameran di Brazil tidak lama dahulu. Mereka mengagumi karya McRae ini, Tapi pada masa yang sama tertanya-tanya kenapa wanita berambut perang itu sanggup mencucuk jarum pada tubuhnya. Dan sudah pasti ia satu perbuatan yang sangat menyakitkan. 

Nampaknya, gaya McRae itu benar-benar berjaya memberi impak besar kepada penonton. Sehingga menyangka jarum pin dicucuk pada kulit badannya.

Walhal, wanita jelita ini sebenarnya menggunakan alternatif lain. Beliau mencipta idea kreatif itu bukan dengan menusukkan pin pada kulit. Tetapi dia hanya melekatkan peniti tersebut pada tubuhnya. 

Kaedah itu sedikit pun tidak menyakitkan. Mungkin ada yang melihat kerja-kerja seni McRae tampak pelik dan hodoh.

Tapi menerusi kreativiti sebeginilah artistik ini bekerja untuk mendapatkan upah dengan bayaran yang boleh dikatakan agak lumayan.

0 Response to "PELIK TAPI BENAR !! LELAKI INI SANGGUP LEKATKAN JARUM PENITI DEMI MENCARI REZEKI.. BUKAN ITU SAHAJA ... BANYAK BENDA TIDAK MASUK AKAL DILAKUKANNYA.. APA TERJADI PADANYA MEMANG DI LUAR JANGKAAN >>>>>>>"

Post a Comment