Bekas Isteri Jamal "DEDAH" siapa Jamal dahulu dan Punca Penceraian Mereka Secara Tiba-tiba
"Hahaha.. Zaman gonjeng! Tengah belek-belek fail terjumpa benda ni pulak.. okay lah tu buat kenangan. 070788."Itulah status yang dikongsi oleh bekas isteri pertama penyanyi terkenal tanah air, Jamal Abdillah. Menurut Basariah Abdul Latiff atau lebih dikenali dengan panggilan Dee, Jamal Abdillah dikenali sebagai seorang yang sangat baik dan penyayang.
"Dia seorang yang bertanggunajawab, tidak mengutuk orang lain di belakang, pandai menghormati dan caring serta romantik. Namun, dia sering disalah anggap oleh ramai orang."Dee menambah lagi, sikap rendah diri Jamal Abdillah menyebabkan dia jarang bergaul dengan orang dan dari situ orang mula membuat tanggapan yang salah tentangnya.
"Tambahan pula semua orang tahu bahawa dia bergelut dengan masalah dadah. Dia sendiri tidak tahu bagaimana penerimaan dan tanggapan masyarakat serta peminatnya apabila berhadapan dengan mereka." Dee menambah lagi.
"Sebenarnya, dia seorang yang begitu peramah, suka berlawak jenaka dan bercerita tentang kisah-kisah silam. Orang tidak tahu tentang perkara ini kerana tidak ramai yang mendekati dia atau berkawan dengan rapat." terang Dee kepada murai.com.myDi dalam temuramah terbabit, Dee juga ditanya mengenai punca penceraiannya dengan Jamal. Berikut adalah jawapan Dee yang merupakan Pengarah Kumpulan Perhubungan Korporat & Komunikasi di syarikat UEM World.
"Perkahwinan kami bertahan selama 8 tahun. Lama bukan? Jujur, sepanjang perkahwinan kami memang Jamal tidak pernah menggunakan kekerasan atau bahasa kasar terhadap saya. Kami tidak mempunyai masalah yang besar dalam rumah tangga kami."
"Ini mungkin kerana saya begitu memahami sifat atau karekter Jamal menjadi perkara ini tiada masalah kepada saya. Kerana bagi saya sesiapa yang ingin mengahwini Jamal dia perlu tahu bahawa Jamal mempunyai masalah."
"Oleh itu, cara yang terbaik untuk menjernihkan keadaan adalah cuba memberi perhatian dan tumpuan kepada dia dan sentiasa memberi sokongan, semangat, emosi dan secara metaliti."Dee juga menambah bahawa, seseorang yang ingin berkongsi hidup dengan Jamal agar jangan terlalu mengharapkan perhatian darinya sebaliknya dia yang perlu memberi perhatian kepada Jamal. Itulah caranya mengawal Jamal yang dikatakan seorang yang bermasalah.
Seterusnya Dee menceritakan bagaimana mahligai perkahwinan yang dibina mereka selama 8 tahun boleh berakhir penceraian juga walaupun dia mendakwa tiada masalah dengan perkahwinan mereka.
Difahamkan, segala-galanya berlaku kerana satu kes khalwat yang membabitakn penyanyi bersuara emas itu. Dari situlah Dee mengambil keputusan untuk meninggalkan Jamal Abdillah.
"Masa itu, Jamal telah terlibat dengan kes khalwat. Saya rasa biarlah saya melepaskannya pada waktu itu. Sudah tidak ada apa lagi, benda sudah pun berlaku, jadi saya pun tidak mahu menoleh kebelakang lagi."Dee juga mendakwa Jamal ada memujuknya untuk kembali kepadanya, namun Dee sudah tawar hati. Walaubagaimana pun, Dee mendakwa bahawa hubungannya dengan Jamal dan keluarga penyanyi itu masih lagi baik. Malah, Jamal juga ada menghubunginya untk menceritakan dan berkongsi masalah.
0 Response to "TINDAKAN BERANI !!! Bekas isteri JAMAL "DEDAH" siapa JAMAL dahulu dan PUNCA penceraian mereka secara tiba-tiba... Rahsia ini belum lagi diketahui oleh keluarga Jamal... Tak sangka kan! Kenapa sampai macam tu sekali?"
Post a Comment