ADA ARTIS MALAYSIA YANG TERSENARAI DALAM PANAMA PAPERS!!!! SIAPAKAH GERANGANNYA??? JOM TENGOK SINI...


ADA ARTIS MALAYSIA YANG TERSENARAI DALAM PANAMA PAPERS!!!! SIAPAKAH GERANGANNYA??? JOM TENGOK SINI...


ADA ARTIS MALAYSIA YANG TERSENARAI DALAM PANAMA PAPERS!!!! SIAPAKAH GERANGANNYA??? JOM TENGOK SINI...



LONDON – Hampir satu pertiga pelanggan Mossack Fonseca, iaitu firma guaman yang terlibat dalam skandal terbesar ‘Panama Papers’ berasal dari cawangan pejabatnya di Hong Kong dan lapan bandar raya utama di China.

Menurut beberapa laporan, ramai tokoh di China didakwa diselubungi pelbagai skandal rasuah dan pengaliran keluar modal dengan lebih 16,300 syarikat luar pesisir Mossack Fonseca didaftarkan melalui negara itu sendiri.

    Ini mewakili 29 peratus daripada keseluruhan syarikat berkenaan dari seluruh dunia yang menjadi klien Mossack Fonseca berpangkalan di Panama itu, menurut kajian Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

    Siasatan ICIJ selama setahun melibatkan 11.5 juta dokumen bocor itu mendapati terdapat lapan saudara-mara atau bekas ahli badan tertinggi Parti Komunis China iaitu Jawatankuasa Tetap Politburo (PSC) pernah terlibat.

    Menurut agensi pemantauan rasuah antarabangsa, Transparency International pula, kes rasuah dilihat semakin berleluasa di China apabila menduduki tempat ke-83 daripada 168 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah terkini.

    Pada masa sama, pertumbuhan negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu dilihat semakin perlahan, manakala hasil kekayaannya pula didakwa cuba dipindahkan ke luar negara melalui akaun luar pesisir di Panama.

    Presiden China, Xi Jinping yang dianggap begitu aktif dengan melancarkan pelbagai kempen antirasuah, namun sehingga kini beliau sendiri tidak pernah pun mengisytiharkan asetnya atau ahli-ahli keluarganya kepada umum.

    Ipar lelaki kepada Jinping dan dua anggota keluarganya sendiri, Zhang Gaoli serta Liu Yunshan yang merupakan ahli PSC didapati secara rahsia turut mempunyai akaun luar pesisir dengan Mossack Fonseca, lapor ICIJ.

    Iparnya, Deng Jiagui malah pernah direkodkan ada kepentingan memegang saham dalam tiga buah syarikat tempatan tidak terkenal iaitu Supreme Victory Enterprises, Wealth Ming International dan Best Effect Enterprises.

    Bagaimanapun, kesemua syarikat tersebut kemudian tiba-tiba didapati ‘ditutup’ apabila direkodkan sebagai tidak lagi aktif sebelum Jinping secara rasmi dilantik menjadi Presiden China pada tahun 2012 lalu.

    Turut disiasat ialah ahli-ahli PSC berprofil tinggi yang lain termasuk pe­mimpin keempat paling kanan di China, Jia Qinglin; bekas Perdana Menteri China, Li Peng dan bekas Naib Presiden China, Zeng Qinghong.

    Dokumen ICIJ itu juga menamakan bintang filem terkenal Hong Kong, Jackie Chan; anak jutawan tempatan, Kelly Zong Fuli dan jutawan pusat beli-belah, Shen Guojun sebagai turut mempunyai akaun rahsia di Panama.

    Mossack Fonseca dikatakan mempunyai lapan buah pejabat di sekitar beberapa bandar raya besar di China antaranya di Shanghai, Shenzen, Qindao, Dalian, Hangzhou, Ningbo di samping cawangannya di Hong Kong.

    0 Response to "ADA ARTIS MALAYSIA YANG TERSENARAI DALAM PANAMA PAPERS!!!! SIAPAKAH GERANGANNYA??? JOM TENGOK SINI..."

    Post a Comment