“Isteriku Bertudung Labuh Bak Ustazah. Tapi, Rupa-Rupanya..”
Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi, belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup. Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir.
Tudung besar dia hanya untuk berlakon sahaja. Demi ibunya, aku terima dia seadanya. Aku tak nak tahu kisah dia sebelum kahwin. Walaupun bayi itu bukan dari benih aku, tetapi aku anggap macam anak aku sendiri. Aku jaga dan besarkan dia sebab dia tidak bersalah. Dan aku tak pernah sesekali bertanya pada isteri, siapa lelaki itu dan mengapa dia memilih aku menjadi pak sanggup.
Selepas isteri bersalin, kami berpindah. Bermulalah kucar kacir kehidupan aku.
Dia surirumah, tetapi:
- Rumah macam tongkang pecah. Kalau tidur depan TV, tilam itu kalau aku tak angkat, memang di situlah selama seminggu.
- Satu bilik penuh dengan baju yang tak berlipat.
- Tak nak memasak.
- Kuat cemburu. Aku pergi kerja pun dia tak bagi guna perfume dan tak bagi aku sterika baju. Maka terpaksalah pergi keja dengan baju comot.
- Tak nak sembahyang.
- Keluar rumah tak nak tutup aurat.
Apa yang paling buat aku malu ialah bilamana jiran-jiran menegur suruh aku menasihatkan isteri sebab mereka malu tengok. Sudah puas aku berikan nasihat tetapi tak jalan.
Selepas dua tahun, rezeki aku lebih. Sebelum pergi kerja, aku kemas rumah, basuh baju, sidai baju. 100% rumah aku kemas. Makan, hari-hari beli di luar. Settle satu masalah.
Hari-hari kami bergaduh sebab sikap cemburunya. Dia tak izinkan aku pergi ke rumah mak sebab cemburu dengan bekas kekasih aku. Padahal, aku bercakap dengan bekas kekasih pun tidak sebab dia dah kahwin dan menetap di negeri lain. Terpaksa pergi rumah mak secara diam-diam sebab tak nak gaduh dengan isteri.
Dah slowtalk baik-baik suruh ubah pakaian, tutup aurat, tak jalan juga. Dah marah pun sama juga.
Aku buat bisnes dapat sub kontrak. Aku bagi isteri RM3,000, suka hatilah dia nak beli apa. Aku tak kisah. Aku belikan mak aku gelang emas harga RM2,000. Masa nak beri pada mak, isteri ada temankan sekali. Mak bukan main gembira suka tengok hadiah itu.
"Kau belikan mak gelang, untuk isteri ada beli sekali tak?" tanya mak.
Belum sempat aku jawab, isteri dah buka mulut.
"Isteri dia tak penting, mak lagi penting. Kalau dia dah beli mak gelang, habislah duit. Bila habis duit, saya tak dapatlah beli barang kemas," katanya menyebabkan wajah mak terus berubah.
Mak letak balik gelang itu ditangan aku dan suruh berikan pada isteri.
"Mak dah tua, untuk apa mak pakai emas? Tak ada sesiapa pun nak pandang mak," kata mak sambil senyum tetapi air mata mak dah bertakung.
Tak cukup ke RM3,000 yang aku beri? Gelang RM2,000 saja. Sedih hati aku bila tengok wajah mak.
Rumah pun aku tak kemas lagi. Aku dah mampu upah orang. 4 kali seminggu datang kemas.
Selepas setahun berlalu, isteri kantoi ada jantan lain. Isteri beri alasan yang mereka hanya berkawan saja, tidak lebih dari itu. Kawan dia boleh makan suap-suap tangan. Jantan itu sebenarnya adalah bekas teman lelaki yang membuatkan dia bunting dulu.
4 bulan lepas, kami bergaduh dan dia keluar dari rumah, duduk dengan teman lelaki dia. Anak-anak dia tak nak jaga, semuanya diserahkan kepada aku termasuklah anak aku yang sulung itu.
Kini kami dalam proses bercerai. Aku tak tahu dimana silapnya aku sebagai suami. Semua kemahuan dia aku dah turutkan. Tetapi aku gagal mendidik dia menjadi isteri yang solehah. Ternyata aku ini hanya tempat persinggahan dia sewaktu dia dalam keadaan sesak. Mungkin dia akan lebih bahagia bersama teman lelakinya yang juga merupakan suami orang.
Aku tanya, apa silap aku, kekurangan aku sebagai suami? Duduk rumah cuma jaga anak sahaja. Yang lain semua aku upah orang buatkan. Duit belanja kereta dia pun aku bagi. Kalau bab batin, seminggu 3 kali aku bagi. Dia nak kebebasan, nak lepak sampai tengah malam dengan kawan-kawan. Dia bosan duduk rumah sebab aku suruh solat, suruh tutup aurat.
Aku dah buat sehabis baik, aku dah jalankan tanggungjawab sebagai suami. Jika kebebasan yang dia mahukan, daripada aku terus menambah dosa, lebih baik kami bercerai.
Bekas kekasih aku kini berstatus ibu tunggal. Kematian suami. Mak suruh aku kahwin dengan dia tetapi aku tolak sebab serik dan tak nak perkara lama berulang. Sekarang aku fikir nak besarkan tiga orang anak aku.
Aku jarang online, banyak korbankan masa dengan kawan-kawan semata-mata untuk dia. Balik kerja jam 5 terus duduk di rumah tak keluar.
Aku terima ketentuan Allah. Aku bukan nak mengaibkan bekas isteri sebab korang pun tak kenal aku. Aku nak luahkan perasaan, nak legakan hati. Kepada yang nak kata ini cerita rekaan, terpulanglah.
0 Response to "Bila orang tengok isteri aku ini baik, bertudung labuh seperti ustazah tetapi, belum sampai 7 bulan berkahwin, dah beranak. Senang cakap, aku ini menjadi pak sanggup. Aku tinggalkan dia selama 3 hari untuk beri ruang diri aku berfikir."
Post a Comment