Hebat… Aksi Polis Ini Tangkap Peragut Macam Dalam Filem


Hebat… Aksi Polis Ini Tangkap Peragut Macam Dalam Filem


Hebat… Aksi Polis Ini Tangkap Peragut Macam Dalam Filem
Hebat… Aksi Polis Ini Tangkap Peragut Macam Dalam Filem

SEKEPING gambar yang memaparkan aksi hebat seorang anggota polis sedang memberkas seorang peragut di sekitar Johor Bahru, Johor kini tersebar menjadi viral di media sosial.

Kejadian yang berlaku pada Rabu itu, secara kebetulan sempat dirakam oleh seorang pengguna sosial, Melvin Yeo.
Menurut Melvin, polis berkenaan bertindak berani dengan melompat dari motosikalnya lalu menerkam ke arah peragut yang juga sedang membonceng motosikal.

Difahamkan, ketika kejadian polis berkenaan dilaporkan bergelut dengan peragut tersebut selama 20 minit sebelum berjaya memberkasnya. Peragut tersebut turut bersenjatakan sebilah pisau.
Insiden yang diibaratkan persis aksi filem lagak ngeri itu membuatkan ramai yang kagum akan kepantasan dan keberanian anggota polis terbabit.
Menerusi tinjauan kami di media sosial, rata-rata netizen menggelarkan mereka sebagai ‘hero yang sebenar’.
Dalam perkembangan lain, dua anggota polis terbabit telah menerima penghargaan atas tindakan berani dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-

0 Response to "Hebat… Aksi Polis Ini Tangkap Peragut Macam Dalam Filem"

Post a Comment