KEJAM!!! Suami Cekik isteri Cantik hingga mati kerana 'tidak suci'.Tu LA Nak Yang Cantik Sangat..
- KEJAM!!! Suami Cekik isteri Cantik hingga mati kerana 'tidak suci'.Tu LA Nak Yang Cantik Sangat..
Seorang lelaki dituduh mencekik isteri yang baru dikahwininya sehingga mati kerana wanita itu kerana didakwa hilang kesucian.
Suami mangsa, Qalandar Baksh Khokhar, 28, mencekik Khanzadi Lashari, 19, yang masih berpakaian pengantin sehingga mati pada malam perkahwinan di Jacobabad.Bapa mangsa, Lal Mohammad Lashari, 60, mengesyaki sesuatu buruk terjadi selepas dia tidak mendengar khabar dari anak serta menantunya selepas majlis perkahwinan mereka.
Keluarga itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa selepas menceroboh masuk kediaman anak mereka dan mendapati anak perempuannya itu terbaring atas katil dalam keadaan tidak bermaya manakala menantunya melarikan diri.Sementara itu, abang mangsa, Khanzadi Ali Sher Lashari, 37, memfailkan tindakan undang-undang terhadap Qalandar dan empat ahli keluarganya kerana mencekik adiknya sehingga mati.
"Qalandar sentiasa bersifat curiga dan semua orang dalam keluarga tahu mengenainya tetapi kami tidak pernah terfikir dia boleh mendatangkan bahaya sehingga kami akan kehilangan saudara kami," kata Khanzadi.Tambahnya lagi, semua perkara berjalan lancar pada majlis perkahwinan yang berlangsung 30 Mac tetapi menjadi curiga selepas pasangan itu meninggalkan tempat tersebut.
"Perkahwinan itu berjalan lancar dan semua orang termasuk pasangan pengantin gembira pada majlis itu."Perkahwinan berlaku dengan persetujuan bersama dan kami tidak melihat apa-apa perkara negatif yang ditunjukkan pengantin lelaki," katanya lagi.
Qalandar kemudiannya berjaya diberkas selepas pihak berkuasa berjaya mengetahui lokasinya melalui telefon bimbit.Dia yang cedera di kaki akibat ditembak dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum di penjara.
Sementara itu, penguasa polis, Sajjad Khokhar, berkata, lelaki berkenaan mengaku bersalah membunuh isterinya dengan mencekik leher isterinya dengan kain kerana isterinya tidak mempunyai dara sebelum bertindak melarikan diri."Qalandar didakwa dibawah Seksyen 302 iaitu membunuh dengan sengaja," katanya dipetik MailOnline.
0 Response to "KEJAM!!! Suami Cekik isteri Cantik hingga mati kerana 'tidak suci'.Tu LA Nak Yang Cantik Sangat.."
Post a Comment