KES NASI LEMAK CICAK!!! INI JAWAPAN DARI PIHAK PENERBANGAN TAMBANG MURAH : AIR ASIA YANG PASTI MEMBUATKAN ANDA TERGAMAM....


KES NASI LEMAK CICAK!!! INI JAWAPAN DARI PIHAK PENERBANGAN TAMBANG MURAH : AIR ASIA YANG PASTI MEMBUATKAN ANDA TERGAMAM....


KES NASI LEMAK CICAK!!! INI JAWAPAN DARI PIHAK PENERBANGAN TAMBANG MURAH : AIR ASIA YANG PASTI MEMBUATKAN ANDA TERGAMAM....



Menikmati hidangan di udara kini menjadi kebiasaan bagi penumpang mana-mana syarikat penerbangan.

Namun bagi Waseem Abbas, pengalamannya ketika menjamah nasi lemak dalam penerbangan AirAsia hujung bulan lalu mungkin mematikan seleranya di udara selepas ini.

Menerusi akaun Facebooknya, ahli perniagaan berusia 27 tahun itu berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan bangkai cicak dalam nasi lemak yang dihidang kepadanya dalam penerbangan AK 5232 dari Kuala Lumpur ke Kuching:

“Saya beli nasi lemak satu saja, kongsi dengan isteri. Saya jumpa sesuatu dalam nasi lemak, isteri saya kata itu ikan. Tapi ikan apa ada kaki? Lepas siram dengan air, baru nampak itu cicak. Nasib baik belum makan,” ujarnya ketika dihubungi oleh Astro AWANI.

Waseem yang telah menghantar aduan rasmi kepada AirAsia telah ditawarkan tiket penerbangan pergi-balik percuma dari Kuala Lumpur ke Kuching namun keputusan itu disindirnya melalui satu lagi kiriman Facebook:

Waseem turut menyatakan keinginan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas AirAsia berikutan insiden tersebut.

“AirAsia telah berikan kami makanan yang kotor dan berbahaya kepada manusia,” tambahnya.
Waseem yang berasal dari Pakistan kini menetap bersama isterinya Siti Fairuz yang bertugas di Sarawak.

Ketika ditemubual, Waseem dalam perjalanan ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan mendakwa sakit perutnya masih belum reda selepas memakan nasi lemak tersebut. 

0 Response to "KES NASI LEMAK CICAK!!! INI JAWAPAN DARI PIHAK PENERBANGAN TAMBANG MURAH : AIR ASIA YANG PASTI MEMBUATKAN ANDA TERGAMAM...."

Post a Comment