"Sejak Saya Bawa Teksi, Saya Boleh hantar anak ke MESIR" . Kata-Kata Terakhir Arwah OS yang buat kita Mengalir AIR MATA. Jangan NILAI orang, Tengok dulu, Anda akan tahu SIAPA OS sebenar!


"Sejak Saya Bawa Teksi, Saya Boleh hantar anak ke MESIR" . Kata-Kata Terakhir Arwah OS yang buat kita Mengalir AIR MATA. Jangan NILAI orang, Tengok dulu, Anda akan tahu SIAPA OS sebenar!


Ada hadis yang mungkin sesuai menceritakan mengenai Allahyarham iaitu 'Sesiapa yang meringankan beban saudaranya, maka Allah SWT akan meringankan bebanannya di akhirat nanti." - Ustaz Hanafiah Abdul Malek 

Tambang teksi RM25, Mr Os sedekah RM5 [METROTV]


PETALING JAYA: Isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut diperli bekas pelakon popular era 80-an, Mr Os.
Mr Os mengaitkan derma RM2.6 bilion dengan pendapatannya sebagai pemandu teksi dalam satu program santai di Temerloh, semalam.
“Sejak saya bawa teksi, saya boleh hantar anak ke Mesir. Belajar. Berapalah agak-agak duit masuk, teksi. Masuk kereta tekan RM3. Apa boleh buat RM3.
“Kalau kita redha, InsyaAllah RM3 boleh jadi RM3,000. InsyaAllah RM3,000 akan jadi RM300,000. Insya Allah RM300,000 akan jadi RM2.6 bilion,” katanya yang disambut ketawa hadirin.
Mr Os atau nama penuhnya Mohd Yusof Abdul Hamid bagaimanapun menafikan kenyataan itu ada kaitan dengan politik biarpun dia sebenarnya hadir di program anjuran PAS.
“Saya bukan cerita politik. Saya cerita pasal angka. Bertambah, bertambah jika tidak diusik,” katanya yang dipetik Harakahdaily.

Di zaman kegemilangannya, Mr Os banyak membintangi filem sebagai pelakon utama seperti Mr Os, Kembar Siam, Hero dan Cikgu Romantik.

0 Response to ""Sejak Saya Bawa Teksi, Saya Boleh hantar anak ke MESIR" . Kata-Kata Terakhir Arwah OS yang buat kita Mengalir AIR MATA. Jangan NILAI orang, Tengok dulu, Anda akan tahu SIAPA OS sebenar!"

Post a Comment