Isteri Pramugara MH370... "Saya Tahu Tun M Ramai Kawan Dan Ada Kabel Besar, Boleh Tak Tun M Kongsi Di Mana MH370 Dan Apa Yang Terjadi ?

Isteri Pramugara MH370... "Saya Tahu Tun M Ramai Kawan Dan Ada Kabel Besar, Boleh Tak Tun M Kongsi Di Mana MH370 Dan Apa Yang Terjadi ?


Isteri Pramugara MH370... "Saya Tahu Tun M Ramai Kawan Dan Ada Kabel Besar, Boleh Tak Tun M Kongsi Di Mana MH370 Dan Apa Yang Terjadi ?"
"Kami waris-waris hanya mahu kebenaran. Tak ada siapa pun yang hendak beritahu apa yang sebenar berlaku. Kami sudah penat panjat turun tangga.
  
"Kami waris-waris hanya mahu kebenaran. Tak ada siapa pun yang hendak beritahu apa yang sebenar berlaku. Kami sudah penat panjat turun tangga.

Isteri Pramugara MH370... "Saya Tahu Tun M Ramai Kawan Dan Ada Kabel Besar, Boleh Tak Tun M Kongsi Di Mana MH370 Dan Apa Yang Terjadi ?" - MY BERITA VIRAL
Isteri Pramugara MH370… “Saya Tahu Tun M Ramai Kawan Dan Ada Kabel Besar, Boleh Tak Tun M Kongsi Di Mana MH370 Dan Apa Yang Terjadi ?” | SEJAK pencarian dimulakan dua tahun lalu dimana kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 kini semakin menghampiri 120,000 kilometer (km) persegi dan misi pencarian dijangka akan tamat selewat-lewatnya Julai ini, lokasi sebenar pesawat malang itu bagaimanapun masih lagi menjadi tanda tanya.
mh370intantunm
Malah, ia pastinya sukar bagi semua waris penumpang dan anak kapal MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Beijing itu untuk menerima hakikat sekiranya operasi pencarian terpaksa dihentikan tanpa sebarang ‘jawapan’ yang jelas.
Intan Maizura Othman, 36, isteri pramugara pesawat MH370 antara waris yang terus mengharapkan jawapan tersebut mencuri perhatian ramai yang hadir pada majlis dialog anjuran Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) di Subang, pada Khamis lalu apabila tampil mengajukan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Intan dikatakan menangis dalam rayuannya kepada bekas Perdana Menteri meminta agar tokoh negarawan itu menceritakan kepada beliau dan waris MH370 tentang perkara sebenar yang berlaku kepada pesawat malang itu.
“Saya percaya Tun (Dr Mahathir) ramai kawan-kawan, kabel besar agaknya. Boleh tak Tun kongsi kat mana kapal itu Tun? (menangis). Apa jadi dengan kapal itu?
“Kami waris-waris hanya mahu kebenaran. Tak ada siapa pun yang hendak beritahu apa yang sebenar berlaku. Kami sudah penat panjat turun tangga.
“Sudah jumpa menteri, polis. Anak saya masih sampai sekarang bertanya? Kubur bapa dia di mana? Kalau Tun ada info, tolonglah beritahu saya dan waris lain,” katanya dipetik portal tersebut kelmarin.
Selepas mendengar pertanyaan Intan, Dr Mahathir dengan tenang menjawab rayuan isteri pramugara itu dengan penuh berhati-hati.
“Kita sedar dalam kehidupan terpaksa hadapi kehilangan secara kekal iaitu kematian.
“Bila kita dapati ahli keluarga kita meninggal dunia, nak tak nak kita kena terima hakikat.
“Tapi dalam keadaan kita tidak tahu, sudah meninggal ke atau hilang? Itu yang buat kita rungsing. Sebab itu ramai waris MH370, mereka tidak senang hati.
“Jadi mereka tidak boleh fikir dengan sempurna nasib penumpang MH370.
“Saya sedar kalau saya kata mereka sudah tidak ada, saya tidak tahu tapi mungkin saya tidak betul.
“Tapi saya berpendapat, kalau sudah lama cari dan tidak jumpa, saya fikir kita terpaksa terima hakikat seperti kematian yang lain.
“Baru lega sikit pemikiran kita. Waris kena terima hakikat. Kalau Allah SWT bagi dia balik, dia balik. Kalau tidak balik, apa lagi yang boleh buat,” kata Dr Mahathir.
Bermula dengan penemuan serpihan pertama pada 29 Julai tahun lalu di Pulau Reunion yang disahkan milik MH370, sehinggalah yang terkini di Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues, penemuan tersebut bagaimanapun masih belum memberi petunjuk dimana pesawat tersebut berada.
Dr Mahathir secara berhemah menegaskan bahawa beliau tidak percaya mengenai penemuan serpihan-serpihan tersebut.
“Cuma minta maaf cakap, yang jumpa serpihan-serpihan itu, saya tidak percaya,” tambah Dr Mahathir.
Rabu lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi memaklumkan kerajaan akur sekiranya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mahu menamatkan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di Lautan Hindi.
Sumber : Malaysiandigest.com


____________________________________________________________

Liability insurance is an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services.
Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component.
Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods).
Workers compensation insurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees.
When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties.
Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.

0 Response to "Isteri Pramugara MH370... "Saya Tahu Tun M Ramai Kawan Dan Ada Kabel Besar, Boleh Tak Tun M Kongsi Di Mana MH370 Dan Apa Yang Terjadi ?"

Post a Comment