“ Yang Duk Rumah Kau Tu Bukan Dia...”Mak Kau Dah Lama Meninggal, - Ustaz Ka. .Mimpi aPAKAH sEMUA itu Semalam..

 Yang Duk Rumah Kau Tu Bukan Dia...”Mak Kau Dah Lama Meninggal, - Ustaz Ka. .Mimpi aPAKAH sEMUA itu Semalam..




Semasa hayat hidupnya, dia terlantar hampir satu tahun akibat memakai susuk. Situasi misteri ini disaksikan sendiri oleh seorang menantunya yang hanya mahu dikenali Bakar, 


Menurutnya, hampir empat kali dia menyaksikan arwah ibu mertuanya berkeadaan nazak. Anehnya, pada keesokan hari, arwah kembali sihat seperti sedia kala seolah-olah tiada apa pun yang berlaku semalam.

Keadaan fizikal arwah amat kurus tapi berat badannya tidak mampu diangkat oleh dua orang lelaki tegap. Wanita ini lumpuh tapi selera makannya mengalahkan orang yang sihat. Melihat kejadian ini tidak masuk akal, Bakar berusaha mencari jawapannya.

Dia berjumpa dengan seorang pengamal perubatan tradisional bagi mengesan apakah sebenarnya yang berlaku kepada ibu mertuanya.

Terkejut Bakar apabila diberitahu, bahwa yang tinggal dirumah dia bukan ibu martuanya,ibu mertuanya telah lama meninggal dunia tapi ‘benda’ yang dipakainya sudah menguasai jasadnya. 

Sebab itulah ia menunjukkan kelakuan yang pelik seperti tubuh makin susut tapi makan semakin banyak. Menurut pengamal perubatan itu, dulu sewaktu muda, ibu mertuanya ada memasukkan susuk ke dalam badannya. Jadi susuk itu telah bertindak balas dan sebati dalam badan.


Mengulas mengenai kes yang berlaku, seorang pengamal perubatan tradisional, Abdul Mohamaad, 36, yang berpengalaman hampir 14 tahun mengendalikan kes sebegini mengakui faktor penyebab seseorang itu sukar mati berpunca daripada amalan pemakaian susuk. Ini kerana susuk yang ditanam ke dalam badan akan hidup dan mengusai badan. Jika ia tidak dikeluarkan, memang amat sukar bagi seseorang itu untuk mati.

Kata Abdul lagi, kesan yang dapat dilihat bagi orang yang memakai susuk majoritinya kelihatan seperti tengkorak hidup. Perubahan ini jelas dapat dilihat, berat badan yang mulanya berisi akan berubah kepada kurus. Anehnya, kadar berat badan tidak berubah malah dua kali ganda lebih berat daripada manusia normal lain.

Kebanyakan kes yang dikendalikannya berlaku disebabkan si pemakai sukar membuang susuk kepunyaan mereka atau mereka terlupa untuk membuangnya sebelum uzur. Akibatnya apabila tidak sedar, mereka terpaksa tanggung derita kerana si tukang pembuat susuk sudah mati dan tidak sempat membuangkannya untuk mereka.

Jelas Abdul, untuk membuang susuk ini bukanlah satu perkara yang mudah. Namun, baginya, dia ada teknik yang tersendiri. Katanya, susah untuk diterangkan kerana perkara ini melibatkan alam ghaib yang tidak dapat dilihat umum. Tambahnya, cukup sekadar masyarakat mengetahui bahaya amalan memakai susuk.

Apakah kematian yang tidak lepas ini juga ada kaitan dengan ilmu hitam seperti busung dan amalan memelihara hantu atau jin? Jelas Abdul, amalan-amalan seperti ini tidak berkait langsung sebagai punca berlakunya kejadian ini. Ujarnya, sebagai contoh, busung merupakan sejenis amalan ilmu hitam untuk membunuh seseorang. 

Begitu juga golongan yang membela hantu atau jin. Malahan, makhluk yang dibela bukan berada dalam badan dan mempunyai rumah tertentu seperti tangkal, botol dan sebagainya.

Sebaliknya, mengapa susuk merupakan faktor berlakunya kejadian ini? Tegas Abdul, pemakaian susuk melibatkan bahagian dalaman tubuh. Sama seperti busung dan membela hantu, susuk juga dipengaruhi oleh jin dan iblis. Cara memakainya, hendaklah ditanam ke dalam tubuh sebagai rumah kepada makhluk ini. Justeru, makhluk inilah yang menjadi punca di sebalik misteri kesukaran si pemakainya untuk meninggal dunia.

Amalan memakai susuk ini telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Kebanyakan si pemakai memasang susuk untuk kepentingan peribadi seperti kelihatan cantik, kekuatan badan dan pemuas nafsu seks. Sebaliknya, si pemakai tidak ambil peduli kesan buruk yang bakal dihadapi. Akhirnya, mereka berdepan dengan kesukaran untuk mati.

Setiap kali waktu nazak, nafas akan kelihatan tersekat-sekat seolah-olah sedang menanggung derita. Ia akan berlaku berulang-ulang kali berlaku sehinggalah susuk itu dicabut keluar daripada badan dan barulah si pemakainya boleh bersemadi dengan aman.


____________________________________________________________

Liability insurance is an important aspect of an insurance policy as it will help to protect the business from various losses. For example, claims could be made against personal injury or property damage caused by employees, products or services.
Business crime insurance is vital to have some protection in the case of forgery, theft, fraud or robbery. Such criminal activity can have a devastating impact on a business, and such crimes (especially online fraud) have become much more prevalent in the last five years, as the majority of businesses have an online component.
Cargo and transportation features should be included if the business is involved in any type of haulage of goods. This will cover against goods that are lost or damaged during transportation (whether delivering or receiving goods).
Workers compensation insurance should be a key component of a business insurance policy. This will ensure that the medical needs of the employees are met, should they go through an accident or disease. It will aid them in a quicker return to work where possible, while also protecting the business from potential lawsuits from current or past employees.
When comparing insurance providers and premiums in Denver, look for the reputation and experience of the insurer as well as the speed of payout. It is also important to know the speed at which the claim will be handled, as this could drag the business into financial difficulties.
Comprehensive insurance for your business is vital in the current economic climate to protect the organization and employees. However, each business has very specific needs, and they can vary from one year to the next. For this reason, an annual review of the insurance coverage is highly recommended to fully cover the business assets. In this sense, an insurance agent in Denver is very useful and can save a business money in the long term.





0 Response to "“ Yang Duk Rumah Kau Tu Bukan Dia...”Mak Kau Dah Lama Meninggal, - Ustaz Ka. .Mimpi aPAKAH sEMUA itu Semalam.."

Post a Comment